> Duhai Muslimah,
> Ketahuilah tanpa kau sedari,
> Keremajaanmu bisa menakluki dunia,
> Walau dalam lalai atau leka,
> Berkatalah dalam diri,
> Kau bukan dilahirkan sebagai penggoda yang melekakan dunia,
> Kesegaran dan kejelitaanmu sebenarnya adalah fana belaka,
> Salutilah dirimu dengan iman dan takwa,
> Kerana ia sebenarnya sangat manis,
> Pada pandangan dan jua perhiasan,
> Duhai muslimah terpuji,
> Berfikirlah untuk menjadi insan yang berguna,
> Agar seisi dunia merasakan rahmat kehadiranmu.
Friday, September 4, 2009
untuk remaja...
Posted by hueda kamal at 8:00 AM 0 comments
Kata-kata nasihat Para Sahabat (R.A)
> Muaz bin Jabal (r.a) : “Tidak ada seorang hamba yang mengadap Allah pada hari kiamat yang tidak akan menggerakkan tapak kakinya sehingga ia ditanya 4 perkara:
> 1. Bagaimana tubuhnya digunakan.>
2. Bagaimana ia menghabiskan umurnya.>
3. Bagaimana ia mengamalkan ilmunya.>
4. Bagaimana ia mendapat dan membelanjakan hartanya.
> > Uwais Al-Qarni (r.a) : “Andaikata engkau beribadah kepada Allah sebanyak ibadahnya penghuni langit dan bumi, maka tidak akan diterima ibadahmu, sebelum engkau percaya kepada Allah dan jaminanNya.”
> > Ibnu Mas'ud (r.a) : “Sebaik-sebaik kaya ialah hati. Sebaik-sebaik bekal ialah takwa. Seburuk-buruk buta ialah buta hati. Sebesar-besar dosa ialah dusta. Sejelek-jelek usaha ialah memungut riba. Seburuk-buruk makanan ialah memakan harta anak yatim. Siapa yang memaafkan orang lain akan dimaafkan Allah dan siapa yang mengampuni orang akan diampuni Allah.”
> > Syaddad bin Aus (r.a) : “Mati itu huru-hara terburuk di dunia dan akhirat bagi orang mukmin. Jika mayat itu dibangkitkan dari kubur lalu ia menerangkan kepada penduduk dunia tentang kematian, nescaya mereka tidak mengejar kenikmatan dalam kehidupan dan tidak berleka-leka dengan banyak tidur.”
Posted by hueda kamal at 7:53 AM 0 comments